10/10/2012

Cerpen misteri tahap makam

Misteri D  

D adalah seorang manusia yang sangat humble dan baik pekertinya dikalangan rakan-rakan pada mulanya. Malah setiap perbuatannya amat disenangi mereka yang lain. Ilmu agamanya juga sangat mantap juga berbanding rakan-rakan serumah dan sering dirujuk jika ada persoalan. Boleh dikatakan perfect juga orangnya.

Kesini dia kesana dia harus ada orang yang mengenali dan menyenangi dia. Pengalaman hidup jangan ceritalah, banyak katanya. Umur pun dah lanjut, pengalaman hidup haruslah banyak.

Pada suatu ketika yang misteri, D merasakan rumah yang di diaminya tidak semeriah dahulu. D mengajak rakan-rakannya mengemas rumah secara berjadual, tanak nasi hari-hari secara jadual, keluar bersama bersukan bersama secara jadual juga. D mula merasakan dirinya adalah ketua dan dewa yang bertanggungjawab di dalam rumahnya itu kerana dia punyai ilmu paling tinggi.

D sering mengarah itu dan ini kepada rakan-rakannya namun arahannya itu seperti memaksa dan tidak menyenangkan rakan-rakan yang lain lantas segala suruhan dan kata-katanya tidak di endahkan. Oleh itu dia merasakan dirinya tidak berguna seperti sampah. D merasakan dia harus melakukan sesuatu bagi menarik perhatian rakan-rakan serumahnya. 

Berikutan dengan itu D mula menyaiko budak-budak rumahnya. D mula meniru gaya percakapan setiap rakannya, merendahkan rakan-rakannya, dahulunya D tidak kuat membebel secara tiba-tiba D boleh bercerita tentang dirinya yang gah itu selama berjam-jam, D sering memberikan nasihat dan boleh memetik hadis-hadis.

Sebelum kejadian saiko-menyaiko itu terjadi, D memang berkawan dengan budak-budak yang mengambil kursus Psikologi. Kononnya dengan berkawan dengan budak Psikologi D pun boleh saiko budak-budak rumahnya. Itulah kesilapan D. Rakan-rakan serumah turut perasan perubahan D yang mendadak itu namun rakan-rakannya masih menganggap D adalah orang yang sama. 

Ketika sebelum subuh pada suatu hari itu, D telah membuat bising seperti memasang lagu kuat-kuat sambil mengemas rumah. Kerja rumah yang dilakukan itu seperti tidak ikhlas, dia menghempas-hempas barangan. Ketika dia sedang mengemas dia sering menjerit seorang diri. Perkara ini berlanjutan selama berhari-hari akan tetapi makin hari makin teruk sikapnya. Kuliahnya makin kerap diabaikan.

Rakan-rakan sudah tidak merasakan rumah yang di diami mereka adalah syurga mereka lagi. D berpura-pura menjadi seperti orang gila dengan menjerit-jerit sekuat hati. D juga turut membuat seperti dirinya terkena gangguan jin. Dia turut mengatakan dia ada kelebihan istimewa seperti boleh melentur besi dan melawan jin. Sungguh ajaib D ni. Sehinggakan ada suatu ketika dia menunggang motor sambil menjerit perkataan kesat sambil pusing satu kolej.

Apabila rakan-rakannya tanya kenapa dia berubah seperti ini, katanya dia tidak boleh kawal dirinya dan dia telah dikawal oleh makhluk lain. Ayatnya sama sahaja, "tak boleh kawal". Yang paling menyedihkan dia boleh memburukkan rakan baiknya, keluarganya sendiri, malahan dia boleh mempersendakan solat. 

Sudah banyak tempat berubat bapanya telah bawa sehinggakan pusat perubatan islam Darusyifa' juga. Namun keputusannya tetap sama, D tidak mempunyai sebarang gangguan makhluk lain D hanya mengalami tekanan perasaan. Tetapi D tetap melakukan perbuatan yang sama setiap hari dan makin hari makin teruk. D pernah membakar barangan rakannya juga.

Tembelang D sudah pecah pada suatu hari. Rakan-rakannya sudah tahu yang dia hanya berpura menjadi gila dan di ganggu jin  selama ini. D terkedu dan dia cuba mengawal keadaan sehinggakan sampai sekarang rakan-rakannya tidak tahu apa kesudahan dan apo lagi drama D nak bikin.

(cerita ini tidak ada kaitan langsung antara yang hidup ataupun yang dah mati)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada penceritaan diatas, apakah nilai dan pengajaran yang kita boleh didapati? 

Sekian wassalam~







4 comments:

karenontheshore said...

hidup nih stress mmng stress tpi x perlu dramatic sangat, ini bukan tv.

hidup biar cool.......please handle stresss properly..

desperately seeking attention to fill the hole in his soul.

Samad said...

drama king gila babis punya. skarang dia tengah merancang benda baru. haha. silap2 esok dia tikam semua orang

ஜ miss klanika ஜ said...

stress melampau . kesian gak ni.

Samad said...

itulah pasei nyee