15/12/2012

Aku siapa ?

Assalamualaikum,

Aku adalah seorang hamba Allah. Seorang hamba yang gemar menyendiri dan hidup dalam dunianya sendiri. Aku adalah seorang manusia yang tidak ada dua-nya. Aku gemar melihat kehidupan orang lain. Aku gemar ketika aku tidak dikenali mahupun tidak diperasan oleh sesiapa. Aku gembira ketika menyaksikan kehidupan orang lain yang penuh riang dan tawa bahagia. Aku sering mengambil detik bahagia kehidupan orang lain dan meletakkan-nya ke dalam ruang ingatan-ku

Aku tidak terlalu bijak dalam pelajaran. Tetapi aku terlalu kuat ingatan terhadap kehidupan manusia di sekeliling aku. Bahkan setiap orang yang pernah aku kenal pernah aku selisihi pernah aku sayangi pernah aku ingin mengenali, aku mungkin akan mengingati-nya sehingga aku tua. Aku gemar melihat cerita-cerita dunia yang penuh suka-duka. Terkadang aku gemar mengaplikasikan-nya sedikit ke dalam diri-ku 

Aku cuba untuk membuat cerita aku sendiri. Tetapi aku masih tidak punya daya. Aku masih terlalu gemar melihat dunia dan memerhati. Aku masih mentah. InsyaAllah suatu hari nanti aku punyai cerita aku yang tersendiri. Tidak penting sama ada ia suka mahupun nestapa 

Buat masa ini, aku hanyalah diri aku. Aku adalah antagonis dan protagonis dalam dunia aku sendiri

Aku bahagia ketika aku menyendiri dan melihat dunia ini. Aku bahagia ketika aku bukan siapa-siapa

5 comments:

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

:)

محمد رازيق said...

aku juga adalah aku. salam kenal bro.

karenontheshore said...

u got long way to go .....

Wadi AR said...

huyoooooo. SEJAK BILA SAMAD BERSIAPA SIAPA PUISI BAGAI LANTAS MENAIKKAN MACHO LU BRO? perghhhh

Samad said...

azimah :)

razik : salam perkenalan jugak bro

misskaren : yeahh very2 the long way

wadigile : semenjak dua menjak tiga menjak