03/12/2012

Madah mudah

"Ibu tak kisah kalau kau tak pandai, tapi solat tu jaga, jangan tinggal. Sibuk belajar sungguh-sungguh tapi solat tak buat tak guna tau tak."

"Selagi solat kau tak cukup 5 waktu. Jangan harap la nak berjaya."

"Selagi solat tak penuh. Ibu takkan bagi kau kahwin tau tak."

"Jangan sibuk pasal hubungan kau dengan orang lain(sesama manusia) kalau hubungan kau dengan Allah pun kau tak jaga."

"Dah bangun tidur tu terus la masuk bilik air ambil wudhu' jumpa Allah dulu, ini tak sebok je dengan dunia."

"Dah solat ke belum?"

"Kau pergi jalan-jalan ke mana ke solat tu kena buat faham?"

"Kau nak jadi kafir ke? Tau tak yang bezakan kau dengan orang kafir tu solat. Kalau tak solat kau tu sama jela macam orang kafir."

"Pergi la masjid. Dulu kecik-kecik kau rajin je pergi masjid. Sekarang langsung payah nak jejak masjid. Syaitan ape yang dah rasuk kau ni."

"Apa yang payah sangat. Solat tu 5 minit je. Lepastu sambung la balik kerja kau tu."

"Dah solat ke belum?"

"Dah solat ke belum?"

"Dah solat ke belum?"

__________________________________________________________________




“Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya
dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)






6 comments:

karenontheshore said...

betul kata mak tuu..

sehari x buat hidup seharian x selesa. semua mcm x kena je.

eLL said...

i love my mum, :P

fingerkontot. said...

untungla kau ada mak lagi.
baik kau dengar cakap mak kau tu.
kalau dah jadi macam aku, menyesal tak sudah.

Samad said...

karen : betui betui

ell : opkos la kak. haha

fatihah : menyesal tu sampai bila2 pon boleh rasa/wujud. kita yg kena ubah keadaan tu betui dak? kui-kui

Wadi AR said...

dah solat ke belum?

Samad said...

dah talk dgn parents secara serius ke belum engko nak kawin? kahkah