28/06/2013

Demi Masa

Assalamualaikum wbt,

Aku baru tersedar aku masih di takuk lama, aku sering terkenang akan kisah-kisah lama, aku sering mengimbas kembali kisah-kisah lama yg masih tersimpan rapi. Aku baru terlihat betapa jahilnya aku, betapa lalainya aku. 

Masa seakan-akan mempermainkan aku. Masa sengaja mahu meninggalkan aku dalam terkapai-kapai mencari hala tuju. Masa menunjukkan bahwasanya aku sangat buta. 

Aku masih dalam kegelapan, kegelapan dunia. Aku mahu mencari jalan keluar, jalan bahagia. Tetapi aku terperangkap pula di dalam masa dan waktu.

Sesungguhnya aku butuhkan waktu dan penunjuk arah yg telah lama aku impikan. Tolonglah, jangan tinggalkan aku !

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
(Al-'Asr 103:1-3)

8 comments:

Anonymous said...

Kadang2 kisah silam tulah yg buatkan kita tersedar skrg. Tkpe, blm terlambat!

Samad said...

saya rasa saya kenal awak la cik non. btw tq yee ;)

eLL said...

kadang2 kita menyesal sekejap sahaja, sebab naik lemak dgn peluang yg sentiasa ada untuk kita...

Samad said...

naik lemak eh? sy takde lemak cam akak :p

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

sbb masa lampau la , membuatkan kita berusaha untuk jadi yang sekarang..
kejar masa , bukan sebab masa tu emas , tpi kita tak tahu bila masa akan berhenti :)

Samad said...

waaaa. ini la komen kau yg paling bernas dan tuntas. trimas

eLL said...

ala, lemak yg ada di badan ini sungguh berharga... tidak dijual di mana-mana kedai yang berlemak waima dalam nasi lemak pun

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

salam , selamat meyambut bulan Ramadhan dan banyakkan amal ibadah...doa banyak-banyak , sentiasa tenangkan hati itu...jadikan Ramadhan kali ni , lebih baik dari Ramadhan yang lepas :)