06/06/2013

Memendamdamdam

Assalamualaikum wbt,

Sudah lama ku tidak didatangi perasaan sebegini. Kisahnya tentang si Dia yg berlainan jantina dengan ku. Dia sudah lama tidak dapat ku hubungi. Apa juga lah khabarnya disana.
Kini dia sedang bertarung di medan ilmu. Sebenarnya hati ini terdetik juga akan rindu. Apalah daya dia sa-orang yang mulia perkertinya. Number taliponnya pon tidak mampu berada dalam genggamanku. Sungguh aku kagum dengan pekertinya. 
Perwatakan matang. Tidak terkecuali fikirannya. Dia tidak pernah berpura-pura sama sekali. 
Ahh, sudah seharusnya aku tewas. Tewas segalanya, tewas dengan perasaanku sendiri. Maafkan aku jika tlah menodai batas antara kita. 
Dia mungkin memandangku biasa-biasa sahaja, tetapi pandanganku terhadapnya luar biasa. 
Aku menghormatinya walau masih muda. Akan tatapi mudanya itu muda yang tidak yang kebiasaan. 
Sungguh, sungguh aku bersungguh rasa mengarut dan bebal sebab rindu dekat awek yang tak berapa nak kenal. Kahkahkah. Dia pon tak heran ke aku. Adalah lebih baik aku masuk tidur.

4 comments:

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

jiwang sangat eh...hahaha

eLL said...

jiwang zaman dolu-dolu ni... dapat ke tido ni?

Samad said...

jiwang eh? maaf maaf. tidur tak lena mandi tak basah ler jawapnye. kehkeh

nazzoro said...

siapa lah tu ek kahkah