04/12/2012

Perempuan yang cantik penuh sopan

Assalamualaikum dan hi,

Ahh, perempuan sekarang terlalu kompleks sedangkan yang lelakinya terlalu mudah. Lelaki belajar tahap cipan yang perempuan belajar tahap dewa. Sebab tu lelaki cari yang sama mudah macam derang gak. Dalam situasi kehendak yang perempuannya punyai selera tinggi sedangkan lelaki tak berkemampuan. Berikutan dengan itu dari segi pemikiran pulee perempuan dah terlalu ke bulan tapi yang lelaki masih di Malaysia. 

Hebat hebat nak pergi mana kak long? Nak jadi hebat sebab takut ditindas lelaki? Dah memang lumrah lelaki sedemikian rupa, terima jelah. Engkau boleh je ubah keadaan supaya tak ditindas. Jadi yang lebih baik dari segi pertuturan tingkah laku. Tak payah jadi hebat sangat la kak. Kalau kau baik sopan tutur kata kau dan tegas dalam sesetangah hal, lelaki sendiri dah gerun bai, boleh ikut flow kau. 

Jadi hebat lepas tu kau jadi rendah diri boleh hormat orang lelaki takpa, kalau jenis yang dah hebat lepas tu berlagak sombong macam engkau tu pulak lelaki memang jahanam. Hebat mana pun engkau tinggi mana pun engkau, at the end kau akan sentiasa berada di sisi lelaki. Ingat sikit yang engkau tu akan tua. Ingat sikit siapa yang akan turunkan engkau dekat liang lahad tu nanti. Ingat sikit asal usul kejadian perempuan. Ingat sikit kalau kau jadi isteri syurga kau dibawah tapak kaki suami. Kalau engkau buat baik dengan lelaki, insyaAllah lelaki pun akan buat yang sama. Bagi perempuan yang belum kawin tu buat baik beragak sikit eh.

 Kenapa lelaki dijadikan khalifah? Semua tu ada hikmahnya kak oi, semua tu rahsia Allah.

Dekat dunia ni kita haruslah ada give and take, dan setiasa ingat adanya paku buah keras, what goes around come back around, dan kita haruslah saling meng-completing each other. Kalau dua-dua jantina boleh menyusukan bayi, siapa pulak nak pergi cari nafkah ye dak? 

Tak perlu la jadi yang teramat hebat dan sempurna kerana sesungguhnya tiada siapa pun yang sempurna dekat mukabumi ni. Maka jadilah yang sederhana sahaja dari bermacam hal dan selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.




Kahkah. Aku pun tak paham macam mana aku boleh menaip sebegini rupa. Aku ada rasa sikit lain maciam lately. Maaf & betulkan la kalau ada yang tersalah. Ini bukan nak diskriminasi terhadap mana-mana jantina. Ini cuma lintasan dihati.






5 comments:

karenontheshore said...

waalaikumsalam.

agak lantang, penuh emosi dan ada benarnya. rasa lain mcm?? period nk dtng laa tu ;D hehe.

eLL said...

ini serius~
tapi betul dikk, pompuan takyah nak berlagak sangat.

nanti laki/suami benci

Samad said...

karen : lantang eh? aku pon nak jadi lantang cam kau gak. hehe

kak.ell : biase2 dah la kak kan? kirim salam dekat adik perempuan akak tau :P

Fyqa said...

emosinyee samad

eh hai samad

Wadi AR said...

sejak bila samad macam ni? sejak bila?