08/04/2013

Koyak dan No point

Assalamualaikum,

Ni nak citer la eh, hampir kesemua seluar yg aku sayang haruslah koyak rabak dan pergi meninggalkan aku. Seluar yg paling last ni pon dah koyak tengah di bahagian anus dan di buntut sket, tapi semangat aku tak putus asa lantas aku hantar kedai bangla kasi tampal macam roti tampal, penah makan tak? Walaupun org asyik pandang ke bahagian anus yg tertampal itu je tiap kali, aku cekalkan minda abaikan semua tu. Sayang punya pasal kan. Tatapi, akhirnya sikit-sikit tampalan itu pon makin goyah dan rapuh.

Aku adalah insan yg setia yg di mana ada seluar baru aku tetap sayang yg lama. Dan aku berjanji aku takkan sayang seluar-seluar yg berikutnya. Begitu jugak dengan perempuan-perempuan penggoda, perempuan-perempuan manis, muslimah sejati. Melainkan jodoh la kan

Maka dengan itu,

Adalah lebih baik aku muhasabah diri dan berhijrah ke arah lebih baik yakni kembali kepada islam, mencintai Allah, Rasul, dan Al-Quran kerana islam takkan sesekali tinggalkan kita. Semua yg hidup pasti akan mati dan kembali kepada-Nya. Harus di ingat godaan syaitan pon boleh tahan dahsyat jugak sampai hayat terakhir pon syaitan sekalian takkan berhenti menggoda maka marilah kita lawan lah ia. Dan semoga aku dapat istiqomah dlm ibadah dan mati dalam keadaan seorang mukmin. InsyaAllah

Sejujurnya aku adalah insan yg sangat lalai lagha dan melalut teruk. Terlalu mengejar duniawi semata. Aku selalu tak istiqomah dalam melakukan ibadah. Pandai nasihat org tapi haramm aku sendiri pon tak boleh buat benda-benda baik sampai sekarang. Sembang boleh laa. Ada sesiapa boleh tolong adjust?


Dari Abu Hurairah radhiyallâhu'anhu, dia berkata: “Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda,
“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".”
(Hadits hasan. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu). 
Source - AlNidaa'


3 comments:

nae nematoda said...

chewahhh....hahahaha :P

naz said...

baik pak ustad hehehe

fingerkontot. said...

kalau dah koyak, tampal la sekali lagi. hehe